Matlamat Dan Objektif KPP


Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) digubal bagi membantu pemandu / pengguna jalan raya menguasai aspek-aspek keselamatan dan peraturan yang perlu diamalkan semasa di jalan raya. Penekanan terhadap aspek pengetahuan, kemahiran kesepaduan menjadi tunjang kepada KPP ini.

a) Matlamat
Matlamat KPP adalah untuk melahirkan pemandu/pengguna jalan raya yang berpengetahuan, berketrampilan, berhemat dan kompeten serta mengamalkan nilai murni.

b) Objektif
Bagi mencapai matlamat tersebut KPP bertujuan untuk membolehkan pemandu / pengguna jalan raya :
  1. Memelihara keselamatan nyawa dan harta benda semasa di jalan raya.
  2. Memiliki kesedaran, bertanggungjawab dan kesediaan mematuhi peraturan dan undang-undang.
  3. Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran terhadap undang-undang/peraturan jalan raya.
  4. Mempertingkatkan kecekapan dan keyakinan diri semasa mengguna jalan raya.
  5. Memiliki prihatin diri dan mengamalkan nilai-nilai murni semasa di jalan raya.
  6. Mempertingkatkan kefahaman, kecekapan berkomunikasi dengan berkesan semasa di jalan raya.
  7. Mempertingkatkan kecekapan dan penguasaan mengendalikan kenderaan semasa di jalan raya.