Cara-cara untuk lulus ujian undang-undang JPJ

8239

Selepas seseorang calon tamat menghadiri Kursus K.P.P (5 Jam), kebanyakan mereka akan menghadiri ujian komputer.

Walaupun ramai akan mendapati tiada apa-apa kerumitan menghadapi ujian ini, tetapi ada segelintir orang yang mendapati ada sedikit masalah bagi melulus peperiksaaan ini.

Disini, saya akan beri satu-dua tunjuk ajar kepada calon bagi membantu anda semua. Ujian lulus ialah 42 markah. Ada yang gagal ujian hanya dengan kekurangan 1 atau 2 markah. Oleh kerana ini, mereka terpaksa menduduki ujian ini dua atau tiga kali.

Tujuan saya menulik karangan ini adalah untuk memberi tunjuk-ajar atau “tips” bagi menolong anda lulus ujian dengan mudah sekali. Oleh kerana sudah terkecimpung lama dalam bidang ini, adalah kepercayaan bahawa saya berpengalaman untuk membantu anda mengatasi ini.

Kertas ujian dibahagi 3 bahagian. Bahagian A (Kod lebuhraya) mempunyai 15 Soalan. Sebenarnya bahagian ini yang termudah sekali. Jadi cubalah mencapai kesemuanya Betul dalam bahagian ini. Jangan buat satu kesalahan pun di peringkat ini.

Bahagian B (mengenai Panduan Berhemat) atau “Prevention Of Accidents” mengandungi 25 Soalan. Soalan-soalan sini memang panjang dan susah sedikit. Meskipun demikian belajar bersungguh-sugguh bahagian ini untuk melakukan 3-4 kesalahan saja.

Jangan lupa, jangan buat lebih daripada 3-4 kesilapan dalam bahagian ini.

Kini, sampailah kita ke Bahagian C (topik-topik sini antaranya Akta Pengangkutan Jalan dan Sistem Demerit). Sebenarnya kebanyakan calon kurang ambil peduli bahagian ini. Ini kesalahan besar mereka.

Mencapai markah tinggi dalam Bahagian C penting. Tiada dinafikan, bahagian ini susah. Oleh itu, anda Boleh buat 2 atau 3 kesalahan. Tidak boleh lebih!

Sebagai rumusan, memandangkan anda Tidak buat satu salahpun dalam Bahagian A, hanya 2 atau 3 kesalahan dalam Bahagian B, dan di Bahagian C anda cuma buat 2-3 kesalahan, maka dengan membuat hanya 7 kesalahan saja, and akan akhirnya mencapai 42 atau 43 markah.

Yang diperlu untuk LULUS peperiksaan ini. Cubalah nasihat-nasihat saya.

Sebelum menduduki ujian ini, pastikan anda kompetent dalam pengurusan komputer. Carilah bantuan instuctor institut tertentu. Diharap tip-tip saya ini dapat membantu anda berjaya .

Sekian. Semoga Berjaya.

Sumber: http://driving-school.com.my

Kelayakan umur untuk memandu