Matlamat Dan Objektif KPP


Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) digubal bagi membantu pemandu / pengguna jalan raya menguasai aspek-aspek keselamatan dan peraturan yang perlu diamalkan semasa di jalan raya. Penekanan terhadap aspek pengetahuan, kemahiran kesepaduan menjadi tunjang kepada KPP ini.

a) Matlamat
Matlamat KPP adalah untuk melahirkan pemandu/pengguna jalan raya yang berpengetahuan, berketrampilan, berhemat dan kompeten serta mengamalkan nilai murni.

b) Objektif
Bagi mencapai matlamat tersebut KPP bertujuan untuk membolehkan pemandu / pengguna jalan raya :
  1. Memelihara keselamatan nyawa dan harta benda semasa di jalan raya.
  2. Memiliki kesedaran, bertanggungjawab dan kesediaan mematuhi peraturan dan undang-undang.
  3. Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran terhadap undang-undang/peraturan jalan raya.
  4. Mempertingkatkan kecekapan dan keyakinan diri semasa mengguna jalan raya.
  5. Memiliki prihatin diri dan mengamalkan nilai-nilai murni semasa di jalan raya.
  6. Mempertingkatkan kefahaman, kecekapan berkomunikasi dengan berkesan semasa di jalan raya.
  7. Mempertingkatkan kecekapan dan penguasaan mengendalikan kenderaan semasa di jalan raya.

Bahagian 1 : Sikap dan Tanggungjawab Pemandu


A. Latar Belakang

Kemalangan jalan raya telah mengakibatkan kerugian besar kepada negara. Ianya melibatkan kecederaan, penderitaan dan kematian yang paling tinggi di Malaysia. Sejarah kemalangan jalan raya seolah-olah tiada penghujungnya. Namun keinginan terhadap perjalanan yang selamat dan lancar tetap menjadi satu hasrat pihak Kerajaan dan juga setiap individu pengguna jalan raya.

Persoalannya, berapa lamakah kemalangan jalan raya akan menjadi konflik negara yang menyebabkan kematian di kalangan pengguna jalan raya? Di Malaysia, 96% kecederaan dan kematian daripada  kemalangan adalah disebabkan oleh pemandu cuai. Selain daripada itu ‘bahaya semula jadi’ juga menjadi faktor utama kemalangan jalan raya. Apa yang paling jelas, faktor kemalangan jalan raya adalah hasil kegagalan manusia itu sendiri ketika berada di jalan raya. Disertakan di sini statistik kemalangan yang berlaku dari tahun 1993 sehingga tahun 2001.

Bahagian 2 : Teknik Memandu Asas


1. Tindakan Sebelum Memandu

a) Pemeriksaan Pra-Pemanduan (Pre-Driving Check)

Sebagai seorang pemandu yang berhemah, anda hendaklah mengadakan pemeriksaan pra-pemanduan. Perkara yang perlu diambil perhatian adalah:
  1. Memeriksa sekeliling kereta anda dan memastikan tiada kerosakan pada badan kereta, plet pendaftaran dan lampu-lampu.
  2. Menentukan tekanan angin tayar mencukupi dan pastikan tidak terdapat tayar yang bocor dan tayar berada dalam keadaan sempurna.
  3. Pastikan tiada kanak-kanak/binatang/kenderaan atau apa-apa halangan yang boleh menyebabkan kemalangan.
b) Pakaian

Kod Lebuhraya


TANDA ISYARAT LALULINTAS

Semua pemandu hendaklah sentiasa mematuhi tandatanda isyarat dan peraturan-peraturan jalan raya yang ditetapkan untuk mempastikan keselamatan terjamin. Oleh itu amat penting untuk mempelajari, mengetahui dan memahami makna setiap tanda-tanda isyarat lalu lintas yang digunakan di jalan raya sepertimana yang telah dikategorikan di bawah Kaedah 5 Kaedah Lalulintas 1985. 5 Kategori yang dimaksudkan adalah seperti berikut: